|
VISI
Menjadikan MUZIKfm sebagai stesen remaja yang popular,
komtemporari dan bermutu dalam menyiarkan program-program
hiburan di peringkat nasional.
MISI
Menjadikan MUZIKfm sebagai stesen pilihan utama remaja.
Menyiarkan hiburan yang berterusan dan informasi terkini
dalam mendukung wawasan negara.
Menarik minat generasi muda menerusi program hiburan yang
mampu membina jati diri dan nilai-nilai murni.
OBJEKTIF
Menjadikan MUZIKfm sebagai stesen Radio Kerajaan yang
menyiarkan lagu-lagu pilihan golongan remaja di peringkat
nasional.
Menarik minat remaja mendengar MUZIKfm dengan memanfaatkan
informasi terkini dan merealisasikan matlamat kerajaan bagi
membina remaja yang berwawasan.
Membina golongan sasar untuk pengiklanan bagi memasarkan
jenama produk di pasaran.
Menjana pemikiran generasi muda terhadap mesej kerajaan
menerusi MUZIKfm secara santai.
LATAR
BELAKANG
1975
Seawal penubuhannya MUZIKfm dikenali dengan nama FM Stereo.
FM Stereo merupakan stesen radio yang pertama di Malaysia
yang memberikan perkhidmatan siaran dalam bentuk stereofonik.
1989
Beredar mengikut perkembangan semasa, dari FM Stereo namanya
ditukarkan ke Radio 2, dan telah menjadi stesen yang begitu
kuat pengaruhnya dengan jumlah pendengar yang ramai,
melebihi 3 juta.
1994
Dalam usaha menjadikan Radio 2 stesen yang lebih mantap pada
1 Ogos 1994 sekali lagi stesen ini melakar sejarah dengan
pertukaran nama, menjadi Radio Muzik. Beberapa rombakan
telah dilakukan dan stesen Radio Muzik bersiaran 24 jam
sehari dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris.
1998
Nama Radio Muzik tidak dapat bertahan lama, pada 1 Ogos 1998
sekali lagi stesen ini mendapat nama baru iaitu Radio
Malaysia Saluran Muzik (RMSM). Nama itu kekal hinggalah pada
awal tahun 2000.
2000
Atas permintaan ramai dan kesesuainnya dalam meneroka arus
penyiaran negara nama Radio Muzik kembali kedengaran melalui
ruang udara. 1 Mei 2000 juga melakar sejarah manis kerana
Radio Muzik dapat diikuti keseluruh dunia menerusi internet.
Projek ini direalisasikan dengan kerjasama Universiti
Multimedia.
2001
1 Januari 2001, Radio Muzik bersiaran sepenuhnya selama 24
jam dalam Bahasa Malaysia dan bukan lagi bersiaran dalam dwi
bahasa.
2002
Dalam menyeimbangkan penyiaran lagu-lagu di Radio Muzik,
mulai 15 Julai 2002 Radio Muzik menyiarkan 50% lagu Melayu
dan 50% lagu Inggeris / Antarabangsa.
2005
1 April 2005, sejarah indah terlakar apabila nama Radio
Muzik ditukar kepada MUZIKfm sempena penjenamaan semula
radio RTM. Pada 30 April – 1 Mei 2005 MUZIKfm telah mencatat
sejarah dalam The Malaysia Book Of Records apabila bersiaran
selama 25 jam di TH06 Menara Kuala Lumpur, menara tertinggi
di Malaysia dan ke empat tertinggi di dunia. Walau apa jua
nama yang diberi kami tetap “STESEN MUZIK ANDA”!
2007
Tahun ini, MUZIKfm sekali lagi melakarkan sejarah dalam The
Malaysia Book Of Records apabila bersiaran luar 50 jam tanpa
henti di penghujung Benua Asia, Tanjung Piai, Johor pada 23
hingga 25 Februari 2007.
|
 |
PODCAST |
|
|
|
 |
LAGU-LAGU |
|
|
|
 |
Frekuensi |
|
| |
|
|
Perlis / Kedah /
Penang |
100.5FM
|
|
Sik
|
102.7FM
|
|
Pulau Pinang
|
96.9FM
|
|
Ipoh
|
90.9FM
|
|
Cameron Highlands
|
93.1FM
|
|
Kuala Lumpur
|
88.5FM
|
|
Selangor
|
95.3FM
|
|
Kuala Pilah / Jelebu
|
91.7FM
|
|
Melaka / Johor Utara
|
96.6FM
|
|
Johor Selatan
|
105.7FM
|
|
Kuantan
|
107.1FM
|
|
Pahang
|
89.3FM
|
|
K.Terengganu
|
91.7FM
|
|
Gua Musang
|
91.1FM
|
|
Kota Bahru
|
101.9FM
|
|
Kuching
|
88.1FM
|
|
Sri Aman
|
98.9FM
|
|
Sarikei
|
90.3FM
|
|
Mukah
|
89.1FM
|
|
Kapit
|
91.9FM
|
|
Sibu
|
98.5FM
|
|
Betong
|
93.6FM
|
|
Bintulu
|
90.3FM
|
|
Miri
|
92.97FM
|
|
Limbang
|
98.1FM
|
|
Lawas
|
96.7FM
|
|
Pulau Labuan
|
88.5FM
|
|
Beaufort
|
96.5FM
|
|
Kota Kinabalu
|
88.9FM
|
|
Ranau
|
100.3FM
|
|
Kota Belud
|
100.7FM
|
|
Tenom
|
89.3FM
|
|
Kudat
|
94.9FM
|
|
Sandakan
|
92.1FM
|
|
Lahad Datu
|
102.9FM
|
|
Tawau
|
94.7FM
|
| |
|
|
 |
Penaja |
|
|
 |
|

|
|

|
|

|
|