Utama

Profil

Chat

Aktiviti

Rancangan Radio

Carta Lagu

Galeri

Hubungi

 Jadikan MUZIKfm Paparan Utama
 Sertai MUZIKfm

SALAM 1 MALAYSIA TERUS DENGAR MUZIKfm

PROFIL


VISI

Menjadikan MUZIKfm sebagai stesen remaja yang popular, komtemporari dan bermutu dalam menyiarkan program-program hiburan di peringkat nasional.

MISI
Menjadikan MUZIKfm sebagai stesen pilihan utama remaja.
Menyiarkan hiburan yang berterusan dan informasi terkini dalam mendukung wawasan negara.
Menarik minat generasi muda menerusi program hiburan yang mampu membina jati diri dan nilai-nilai murni.

OBJEKTIF
Menjadikan MUZIKfm sebagai stesen Radio Kerajaan yang menyiarkan lagu-lagu pilihan golongan remaja di peringkat nasional.
Menarik minat remaja mendengar MUZIKfm dengan memanfaatkan informasi terkini dan merealisasikan matlamat kerajaan bagi membina remaja yang berwawasan.
Membina golongan sasar untuk pengiklanan bagi memasarkan jenama produk di pasaran.
Menjana pemikiran generasi muda terhadap mesej kerajaan menerusi MUZIKfm secara santai.

LATAR BELAKANG

1975
Seawal penubuhannya MUZIKfm dikenali dengan nama FM Stereo. FM Stereo merupakan stesen radio yang pertama di Malaysia yang memberikan perkhidmatan siaran dalam bentuk stereofonik.

1989
Beredar mengikut perkembangan semasa, dari FM Stereo namanya ditukarkan ke Radio 2, dan telah menjadi stesen yang begitu kuat pengaruhnya dengan jumlah pendengar yang ramai, melebihi 3 juta.

1994
Dalam usaha menjadikan Radio 2 stesen yang lebih mantap pada 1 Ogos 1994 sekali lagi stesen ini melakar sejarah dengan pertukaran nama, menjadi Radio Muzik. Beberapa rombakan telah dilakukan dan stesen Radio Muzik bersiaran 24 jam sehari dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

1998
Nama Radio Muzik tidak dapat bertahan lama, pada 1 Ogos 1998 sekali lagi stesen ini mendapat nama baru iaitu Radio Malaysia Saluran Muzik (RMSM). Nama itu kekal hinggalah pada awal tahun 2000.

2000
Atas permintaan ramai dan kesesuainnya dalam meneroka arus penyiaran negara nama Radio Muzik kembali kedengaran melalui ruang udara. 1 Mei 2000 juga melakar sejarah manis kerana Radio Muzik dapat diikuti keseluruh dunia menerusi internet. Projek ini direalisasikan dengan kerjasama Universiti Multimedia.

2001
1 Januari 2001, Radio Muzik bersiaran sepenuhnya selama 24 jam dalam Bahasa Malaysia dan bukan lagi bersiaran dalam dwi bahasa.

2002
Dalam menyeimbangkan penyiaran lagu-lagu di Radio Muzik, mulai 15 Julai 2002 Radio Muzik menyiarkan 50% lagu Melayu dan 50% lagu Inggeris / Antarabangsa.

2005
1 April 2005, sejarah indah terlakar apabila nama Radio Muzik ditukar kepada MUZIKfm sempena penjenamaan semula radio RTM. Pada 30 April – 1 Mei 2005 MUZIKfm telah mencatat sejarah dalam The Malaysia Book Of Records apabila bersiaran selama 25 jam di TH06 Menara Kuala Lumpur, menara tertinggi di Malaysia dan ke empat tertinggi di dunia. Walau apa jua nama yang diberi kami tetap “STESEN MUZIK ANDA”!

2007
Tahun ini, MUZIKfm sekali lagi melakarkan sejarah dalam The Malaysia Book Of Records apabila bersiaran luar 50 jam tanpa henti di penghujung Benua Asia, Tanjung Piai, Johor pada 23 hingga 25 Februari 2007.
 

PODCAST
 

LAGU-LAGU
 

Frekuensi
   
Perlis / Kedah / Penang 100.5FM
Sik 102.7FM
Pulau Pinang 96.9FM
Ipoh 90.9FM
Cameron Highlands 93.1FM
Kuala Lumpur 88.5FM
Selangor 95.3FM
Kuala Pilah / Jelebu 91.7FM
Melaka / Johor Utara 96.6FM
Johor Selatan 105.7FM
Kuantan 107.1FM
Pahang 89.3FM
K.Terengganu 91.7FM
Gua Musang 91.1FM
Kota Bahru 101.9FM
Kuching 88.1FM
Sri Aman 98.9FM
Sarikei 90.3FM
Mukah 89.1FM
Kapit 91.9FM
Sibu 98.5FM
Betong 93.6FM
Bintulu 90.3FM
Miri 92.97FM
Limbang 98.1FM
Lawas 96.7FM
Pulau Labuan 88.5FM
Beaufort 96.5FM
Kota Kinabalu 88.9FM
Ranau 100.3FM
Kota Belud 100.7FM
Tenom 89.3FM
Kudat 94.9FM
Sandakan 92.1FM
Lahad Datu 102.9FM
Tawau 94.7FM
   
Penaja




MUZIKfm, Aras 2 Utara, Wisma Radio Angkasapuri, 50740 Kuala Lumpur 03-22887561 ( Pejabat ) 03-22887676 (Konti)
Designed & Powered by : Rentak Setia Sdn Bhd @2010